Sunday, December 20, 2009

Kerja

Hari ini terfikir plak nak tulis pasal kerja aku sekarang. Walaupun secara asalnya adalah praktikal, tapi mengikut perjanjian aku dengan company, aku kira macam sign contract dulu la. Belum permanent. Ini adalah pengalaman yang ketiga bagi aku dalam konteks bekerja. Yang pertama, sudah tentu dengan FM Sdn Bhd. Kerja angkat kabel, tarik kabel, siram pokok bunga bos dll. Since tu kerja praktikal, bedal je la. Yang kedua, waktu lepas habis belajar. Kerja sebagai Research Assistant (RA) kt UTeM. Kerja rilek tapi bosan. 2 bulan je. Sekarang kerja dengan Green Packet(GP) Berhad dan sudah hampir sebulan aku bekerja...



Kalau aku cakap kat orang yang aku kerja kat GP, mesti orang blur tapi kalau aku cakap, "ala, yang buat iklan potong potong tu...", dan dan je ingat, silap-silap kena bahan plak. Nak buat macam mana, dah iklannya macam itu. P1 tu sebenarnya subsidiary GP, so P1 dalam struktur yang sama dalam GP tapi masing-masing buat kerja yang berlainan.

So, aku masuk as solutions engineer. Sampai sekarang aku agak musykil skop kerja aku, tapi senang cerita, kalau customer ada masalah, department aku la yang kena setel. Memandangkan ini boleh kira first real job aku, aku agak berpuas hati setakat ini. Memang seperti yang aku impikan. Working environment bagus, dan mencabar.

Kalau dulu time belajar, pensyarah-pensyarah aku ajar bab digital communication, aku rasa macam useless je belajar. Sekarang ini, terkial-terkial aku nak kena recall balik. Tapi takpe, foundation dah ada, lagipun, kalau aku rasa benda yang aku study tu berguna dan akan aku praktikkan, memang aku boleh faham.

Kebanyakkan pekerja kat company ini adalah chineese. Tak dinafikan, dunia telco dan broadband sekarang banyak dimonopoli oleh mereka, tapi itu tidak menghalang aku dari bekerja sama dengan mereka. Memang macam company 1 Malaysia haha. Tapi ramai juga engineer melayu yang hebat-hebat.



Jadi, secara umunya, aku suka dengan kerja aku sekarang sebab bukan sahaja memang 100% bidang yang aku belajar time amek degree dulu, tapi working environment juga menarik. Sebagai tambahan, aku sangat excited berada dalam kumpulan hadapan yang mempelopori teknologi baru dalam dunia wireless. Harap-harap by the end of january, aku lepas evaluation untuk masuk ke permanent.

p/s: kepada kwn2 ku, jika dpt offer kerja kt company yg mostly chinesse, pergi jer. Gain some knowledge and experince. Derang bukan makan org pun...


Read More......

Wednesday, December 16, 2009

10 sebab kenapa blog aku terbengkalai

Ya.Baru hari nie tergerak hati nak menulis kat blog ini walhal sebelum ini bukannya tak ada ekses internet, malahan hari-hari kot bukak blog sendiri, tetapi kenapa ntah, masih tak ada seru nak update blog. Jadi, sebagai 'appetizer', aku wat post express ini, dengan harapan di kemudian hari aku boleh update blog seperti mana yang aku telah tetapkan. Sorri kepada peminat-peminat fanatik di luar sana (haha budget hot). Dah dah, tanpa membuang masa, aku kena perah otak untuk mencari 10 sebab dan sebab musabab itu adalah...



1. Aku bz.
Tak dapat tidak, sejak last post aku di blog ini, aku memang bz seingat aku. Kalau dulu, sibuk study nak exam MCITP (aku lepas hoho) dan CCNA (laen kali la amek), pastu dah hujung-hujung tahun nie biasa la, ramai orang kahwin termasuk abang aku.

2. No idea.
Macam aku cakap tadi, hari hari buka blog, tapi tak da rasa pun nak buat post baru. Sebab tengok je blog sendiri, terus idea hilang haha.

3. Idea banyak tapi...
Nie lagi satu. Memang bercanggah dengan sebab no 2, tapi realitinya begitu. Aku masih ingat lagi waktu aku mengalami idea yang melimpah ruah, yang pertama waktu aku drive motor dalam hujan lebat dalam traffic jam, dan kedua pada ketika sakit perut. Idea datang dan pergi huhu...

4. PEnat.
LOgik gak nie sebab sekarang aku dah kerja (technically doing INSEP practical merangkap contract merangkap melobi status permanent haha). MEmandangkan company bagi workload macam engineer, so habis je kerja, penat memang terasa beb.

5. Laptop aku semakin slow.
Ermm...yg nie aku tak boleh nak komen banyak sangat, nanti laptop aku merajuk, mampus internet pun tak dapat. Prestasi cuma kurang baik hehe.

6. Kaler monitor sangat cantik.
Apesal plak dengan CRT monitor. Sekarang nie, aku sambung CRT monitor aku pada laptop untuk paparan tanpa 'scaling'. Malangnya, CRT monitor yang berusia 10 tahun ini bermain aurora plak dalam screen. Kesannya, merah tak nampak merah, kuning tak nampak kuning. huh...

7. MEmbaca.
Ye, sekarang nie aku suka membaca. Jangan terkejut. Semenjak ada sumber kewangan ini, segala majalah tebal-tebal seperti genre computer hardware, software, photography(bukan pornography), dan yang berunsur kerohanian (betul!!), aku beli. Bila dah beli kena la baca.

8. RC Heli.
Nie pun satu lagi hobi yang mengarut. Aku beli RC Heli untuk indoor, tahan lasak kat Times Square hari tu. MEmang perlu banyak masa, dan pengalaman untuk kawal heli ini. BUkan mudah macam kereta RC. Impian aku untuk membeli Heli yang lagi besar jika aku boleh kawal heli yang sekarang ini masuk rumah jiran depan hehe.

9. Outing.
Sekarang nie, pantang free je mesti nak keluar. Tak tahu kenapa, kecuali hujan, memang aku duduk rumah la. Weekend konpem keluar. Paling tidak pun, pergi lepak rumah bent, buat onar sikit, pastu balik. hisy...

10. Sebab sebab.
Haha, cukup pun 10. Sebab ke-10 plak, adalah sebab post ini. Kalau tak da sebab sebab di atas, mesti la tak akan ada post ini. hehe.

Dah habis mengarut, harap harap dah cukup ramuan appetizer nie. semangat semangat.

p/s: kalau aku dah dapat laptop lain, aku yakin aku boleh buat (<.<)

Read More......

Tuesday, October 27, 2009

Wedding

Ha, datang kembali aku menulis post yang tak seberapa ini. Sudah lama tidak 'update'. Ini bermakna, konfigurasi terpilih seakan-akan sengaja ter'pilih' haha. Betulah orang kata, idea itu penting, dan itu juga yang aku rasakan. Walaupun sepanjang hari aku menghabiskan masa di internet, masih juga tiada idea untuk menulis. Kerana apa, kerana tiada mood sebab masih menanam anggur haha, di mana engkau kerja huhu.



Argh, persetankan semua itu. Hujung minggu ini, dan juga minggu depan, abang aku akan melangsungkan perkahwinannya. Dengan ini, secara rasminya, tinggal aku sahaja yang belum kahwin haha, coming soon jika ada rezeki. Sebagai adik beradik yang paling muda, memang tak dapat tidak, aku melarikan diri daripada menjadi 'runner' ketika, sebelum dan selepas majlis berlangsung.

Walaupun sekarang ini, semua 'catering' and duit duit, tapi mesti juga ada 'runner'. Paling kejam apabila 'runner' ini tidak secara khusus dinyatakan dengan tepat, apakah tugas-tugasnya. Kadang-kadang, tugas yang tak berkaitan dengan majlis juga terpaksa 'runner' buat. Daripada hal-hal seperti pinggan mangkuk sehingga membawa kepada masalah bunga telur, tidak lupa juga menjemput gadis2 ke tempat makan, semua mainan 'runner' ini. Tapi orang kata, demi 'family', tak da hal punya. Lagipun bukan hari-hari majlis macam ni berlaku.

Cuma kali ini, aku tak akan menjadi 'runner'. Huh. Walaupun secara tidak rasmi, katakan tidak. Aku nak tukar karear. Menjadi pengapit yang berjaya. Ermm... aku tak pernah jadi pengapit tapi nampak macam senang je orang buat. Diri, kipas pengantin, dan buang segala sampah sarap kat tangan pengantin hahaha.

Aku terpikir nak guna kipas lektrik yang pakai bateri tu, senang sikit kerja aku huhu.



p/s: Kalo pengantin pakai light saber kan bagus, baru Wawasan


Read More......

Monday, October 12, 2009

Kerja Kerja Kerja


credit to en googley

Ya, lama tidak 'update'. Konon nak 'update' 2-3 hari sekali tapi masih juga tidak dapat dilakukan. Indah khabar dari rupa, harapkan pagar pagar makan padi, lain lalang lain belalang lain hari aku 'update' haha, demmit.

Walaupun dah konvokesyen, kerja tetap belum kunjung tiba. Ini semua 'kacang hijau' punya pasal. Temuduga dah banyak kali, satu pun tak sangkut lagi ni. Mungkin tidak ada rezeki. Dalam minggu ni, kalau tak dapat kerja juga, aku balik kampung la. Tanam anggur yang betul. Kat KL ni pun bercucuk tanam gak, tapi dlm 'BarnBuddy' la, haha demmit.

p/s: kerja oh kerja. huhu Read More......

Monday, October 5, 2009

Konvo 01



p/s: malas mahu tulis apa-apa. Read More......

Wednesday, September 30, 2009

Melaka Di Langgar Todak?

Huh? Apakah? Kenapa todak nak melanggar melaka? Adakah kerana todak-todak ini hilang hala tuju ataupun tak puas hati dengan orang-orang negeri Melaka?

Tak ada apa pun. Cuma ingin menggambarkan hujung minggu ini, negeri Melaka bakal dikunjungi oleh bukan sahaja pelancong asing, bahkan juga orang-orang tempatan. Kerana apa? Ha ini yang kita tak tahu ni...



Mungkin apa yang bakal aku cerita ini, tidak lah sebesar mana kesannya...kot.. tapi mungkin juga ya. Ye, hujung minggu ini UTeM bakal melangsungkan konvokesyennya yang pertama di Kampus Induk, dan secara otomatiknya, akan merasmikan penggunaan Dewan Besar UTeM.

Tentu yang paling 'best' skali, aku juga salah seorang graduan yang terlibat. Jadi, mungkin hari ini, sudah ada bakal graduan yang akan ke Melaka, dan sudah tentunya esok akan semakin ramai yang kunjung tiba.

Aku pasti, minggu ini sehingga ke minggu depan, UBUs akan membuat liputan tentang konvokesyen yang gilang gemilang terbilang cemerlang ini huhu. Harap-harap sambutan kali ini meriah dari sebelumnya.

p/s: lupe plak nak cerita pasal todak :P


Read More......

Saturday, September 26, 2009

Kenapa Aku Dan Nescaffe Tidak Sehaluan


credit to uncle google

AMARAN! 'Post' kali ini mungkin mengundang ketidapuasan hati beberapa pihak kerana aku sedar, ramai peminat tegar nescaffe di muka bumi ini huhu.

Pelik tapi benar. Aku memang tak suka nescaffe. Bukan sahaja air nescaffe itu sendiri, bahkan bau-bauan nescaffe yang kuat itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku mula bernafas melalui mulut atau sistem pernafasan yang lain.



Kembali kepada persoalan yang bermain di minda, kenapa aku tidak berapa kacip dengan nescaffe serta bau-bauan nya.

Seingat aku, aku bukan tidak pernah minum nescaffe. Bahkan, dulu aku rasa nescaffe itu setaraf kopi, milo, dan teh.Cuma beberapa ketika, aku rasa hubungan aku dengan nescaffe semakin jauh. Apa yang berlaku?

Aku mempunyai perasaan yang semakin berbeza pada nescaffe dari hari ke hari.Sudah tentu yang pertamanya, tindak balas saraf dari badan aku.

Aku mula menunjukkan kesan yang kurang menyenangkan apabila aku minum nescaffe. Dahulu, minum lebih kurang 3 cawan baru rasa kesan ini. Sekarang, setengah cawan je dah cukup memberikan kesan.

Kesannya aku rasa pening. Haha. Betul aku tak tipu. Kadang-kadang aku rasa pening dan kalau kuantiti semakin banyak, aku semakin 'high'. Huh?

Oleh kerana semua ini semakin jelas kelihatan, dan aku tidak mahu kelihatan mamai dan pening apabila minum nescaffe, maka dengan rasminya aku telah membuat keputusan untuk tidak minum nescaffe.

Secara logiknya, mungkin badan aku memberikan tindak balas yang berlainan pada kandungan kaffein didalam nescaffe. Sepatutnya nescaffe itu memberikan kesegaran, kenikmatan dan amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin berjaga malam tidak kira pelajar ataupun pak 'gard'.

Jadi, bagi sesiapa di kemudian hari, 'serve' aku dengan air nescaffe, jangan kecil hati kalau air tu tak habis huhu.

p/s: Walaubagaimanapun, aku tiada kaitan dengan kejadian 'Tragedi Nescaffe Ma0z' huhu.

Read More......

Thursday, September 24, 2009

7 Perkara Ketika Baraan



Aktiviti baraan ketika raya memang tidak asing lagi di tempat aku. Selalunya yang paling ramai baraan adalah kawasan kampung, dimana satu surau penuh akan datang menziarah dari rumah ke rumah. Oleh kerana aku duduk di pekan, jadi orang surau pun tak berapa ramai. Baraan yang aku ikut tiap-tiap tahun adalah baraan budak sekolah aku. Majoriti budak kelas dari tingkatan satu hingga tingkatan 5.

Oleh kerana baraan ini selalu dilakukan setiap tahun, aku sudah mengenal pasti beberapa perkara yang patut aku beri perhatian, atau mungkin anda juga ketika menziarahi rumah orang ketika raya.



1. Pastikan diri bersiap sedia dari segi fizikal
Fizikal yang aku maksudkan adalah dari segi kesihatan. Pastikan rehat yang secukupnya, dan juga perut tidak mengalami masalah gangguan yang memerlukan untuk pergi ke tandas secara berkala.

2. Pastikan diri bersiap sedia dari segi mental
Selalunya, kawan-kawan yang ikut baraan lama tak jumpa. Jadi, mungkin kisah lama akan kembali. Kisah lama sama ada yang melucukan dan seterusnya memalukan. Senang kata, pastikan diri mempunyai 'senjata' untuk menangkis segala cubaan untuk menjadikan diri ini sebagai 'bahan'.

3. Elakkan jadi bahan
Berkait rapat dengan perkara nombor 2. Ini memang lama aku perhatikan dan pernah juga terkena. Menjadi bahan memang seronok, dengan syarat hanya sekali tetapi cuba bayangkan, jika dari rumah pertama hingga rumah yang ke 20, bahan yang sama menjadi taruhan. Jadi, jika dah terjadi bahan, cepat-cepat buat kenyataan untuk menangkis supaya tidak berlarutan hingga ke rumah seterusnya.

4. Elakkan memakai baju melayu/baju raya yang sinonim warnanya dengan langsir/sofa/karpet.
Ini memang diluar kawalan sebab kita tak mungkin tahu satu-satu warna pada rumah yang bakal kita pergi. Jadi sesuaikanlah diri masing-masing supaya tidak dikategorikan sebagai langsir/sofa/karpet. Jika warna telah sama bahkan corak juga sama, aku sarankan duduk sahaja kat luar dan bagi alasan, "Amek angin jap", atau "hisap kok dulu" hehehe.

5. Catu makanan
Pada sesiapa yang mempunyai 'tangki' yang besar, ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi orang seperti aku, ini memang menjadi masalah. Kebiasaannya, setiap rumah yang dikunjungi baraan, akan menyediakan menu tambahan selain kuih-muih. Jadi, apabila tiba di rumah yang menunya sedap, makanlah berpada-pada kerana mungkin dirumah seterusnya, menu lagi sedap. Cukuplah hanya sekadar 'merasa'.

6. Elakkan makanan sensitif
Jika anda ada alahan pada sesetengah makanan, ini pasti dielakkan. Cuma yang aku nak tekankan disini adalah makanan yang mempunyai rempah,pedas dll. Ini juga berbalik kepada kapasiti dan keupayaan perut masing-masing. Jika perut anda tidak kacip dengan pedas, jangan mengada-ngada nak tambah menu jika tidak anda pasti akan mengunjungi tandas yang berdekatan.

7. Gunakan pengangkutan yang bersesuaian
Sekiranya rumah baraan yang dikunjungi itu di tepi-tepi lebuhraya pasti tiada masalah. Cuma dalam kes aku ini, kebanyakkan rumah terletak di kampung-kampung dan juga di sawah. Jadi motorsikal dan juga kereta yang berkapasiti enjin yang rendah mungkin sesuai. Tiada siapa yang nak halang jika ada yang ingin membawa Evo Lancer 2.0, Toyota Hilux ataupun Toyota Alphard, tetapi, jangan menyesal hoho.

Itulah serba sedikit yang dapat aku rungkaikan. Seperti aku nyatakan, baraan aku ini berbeza dengan istilah sesetengah orang. Baraan aku maksima dalam 20 orang sahaja. Jika baraan kampung, memang sampai 50 orang lebih.

Tambahan pula, jika kawan-kawan anda jenis yang pasif, baik, sopan dan berbudi pekerti mulia, pasti anda tidak mempunyai banyak masalah seperti di atas hehe. Walaubagaimanapun, Jika difikirkan, perkara sebeginilah yang membuatkan hari raya aku, dan anda semua meriah, kan? Renung-renungkan dan selamat ber raya.

Read More......

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya, dan seluruh dunia amnya. Moga semua mendapat manfaat daripada bulan ramadhan yang telah dilalui, dan di hari raya ini dapatlah kiranya hubungan sesama kita menjadi rapat dan mesra.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Read More......

Wednesday, September 16, 2009

Lomography

Seni gambar adalah sebahagian seni yang amat aku minati. Daripada lukisan sehinggalah gambar yang ditangkap menggunakan kamera, aku pasti teruja melihatnya. Seni yang dipaparkan melalui suatu gambar, yang mempunyai nilai estetika yang tinggi tidak dapat diungkai dengan kata-kata. Sudah pasti aku meminati kamera, alat yang digunakan untuk menangkap gambar tetapi pada waktu ini, terlalu banyak jenis kamera, dan sudah pasti ianya terpulang pada citarasa dan keperluan masing-masing untuk memilih kamera yang sesuai. Maka dengan itu aku mempunyai lebih perasaan pada seni lomo. Kenapa?



Penilaian seseorang pada sesuatu gambar itu amatlah berbeza. Ada yang mengatakan gambar yang 'sharp' itu menarik. Ada juga yang mengatakan gambar yang 'blur' itu teramatlah menarik. Kesimpulannya, tiada siapa berhak menentukan apa itu seni gambar yang menarik tetapi kita pasti mahu merujuk kepada pakar dalam suatu cabang seni bergambar untuk panduan yang lebih bermakna.

'Lomography' adalah tanda nama yang dibawa oleh sebuah syarikat Lomographische AG, Austria bagi produk keluaran mereka yang menghasilkan gambar-gambar berasaskan lomo.

Aku tidak jumpa istilah yang sebenar bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera ini selain daripada lomo. Ianya seperti mee segera. Walaupun sekarang kita mempunyai banyak pilihan mee segera, tetapi kebanyakkan daripada kita tetap memanggilnya dengan perkataan 'Meggie'.

Kenapa aku memilih lomo? Jawapannya adalah disebalik seni itu sendiri. Aku juga mempunyai minat 'editing' gambar menggunakan perisian adobE kedai gambar. Hampir sudah 9 tahun aku berkecimpung dalam minat ini sejak aku diperkenalkan dengannya.

9 tahun bukan bermakna aku boleh dikira pakar, tetapi apa yang aku lakukan hanyalah menggunakan kelebihan dari perisian itu sendiri untuk mengubah gambar menjadi seni yang terbaik bagi aku. Jadi, sepatutnya, aku memilih untuk mengambil kamera digital bukan? Supaya aku mempunyai lebih banyak sumber pada tahap kualiti yang tinggi.

Sekarang aku mempunyai paradigma bahawa selagi sumber itu boleh di ubah suai, keaslian seni itu tidak mungkin menyerlah. Ya, aku maksudkan nilai estetika yang kita sendiri lihat, kenapa tidak boleh kita abadikan terus ke dalam gambar.

Semuanya telah sempurna, hanya cara dan bagaimana sahaja untuk kita mendapatkannnya. Jadi, aku telah melihat segala keperluan itu pada kamera lomo. Kamera lomo ada pelbagai jenis, dan apakah yang menjadi pilihan? Lain kali aku cerita.

Jadi cukuplah setakat itu aku katakan kenapa pada lomo. Oh ya, faktor lain yang juga menimbulkan minat ini mungkin dari persekitaran yang lebih menggalakkan dan juga dari kawan-kawan. Di bawah ini aku paparkan beberapa gambar yang di ambil dari kamera lomo, pelbagai jenis.  

credit: lomography malaysia



credit: lomography malaysia



credit: encik fendy



credit: encik fendy



p/s: Mana nak cari duit?

Read More......
 
speedbloggertemplate.co.cc. Powered by Blogger.com